SVSB juara keseluruhan Pertandingan Lagu Dakwah

SVSB juara keseluruhan Pertandingan Lagu Dakwah

Oleh:  Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli
Thursday, 13 June 2013 03:07

TAHNIAH ... Pasukan lelaki dari Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah (SVSB), Seria, pemenang keseluruhan pertandingan berkenaan menerima piala daripada  Pemangku Pengarah Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Sharifuddin bin Haji Mohd.Salleh.
TAHNIAH … Pasukan lelaki dari Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah (SVSB), Seria, pemenang keseluruhan pertandingan berkenaan menerima piala daripada Pemangku Pengarah Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Sharifuddin bin Haji Mohd.Salleh. (Foto: Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

SERIA, Rabu, 12 Jun. - Pasukan lelaki dari Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah (SVSB), Seria dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah Antara Institusi-Institusi Teknikal dan Vokasional Senegara Ketiga.

Sebanyak tujuh pasukan lelaki dan enam pasukan perempuan meliputi Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal (MTSSR), Sekolah Perdagangan, Pusat Latihan Mekanik (PLM), Sekolah Vokasional Wasan (SVW), Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam (SVNR), Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) dan SVSB menyertai pertandingan yang berlangsung di Dewan Serbaguna SVSB, di sini.

Pasukan tuan rumah menyandang johan pasukan lelaki dan perempuan, sementara naib johan pasukan lelaki, SVNR dan tempat ketiga, MKJB, sementara naib johan pasukan perempuan, SVW dan tempat ketiga, SVNR, manakala Anugerah Khas Solo Terbaik dirangkul oleh pasukan lelaki SVNR.

Pertandingan mengambil kira penghakiman dari sudut mutu suara sebanyak 50 peratus, manakala sudut lagu, irama dan tempo sebanyak 40 peratus dan sudut persembahan, tertib dan pakaian 10 peratus.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Pemangku Pengarah Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Mohd. Sharifuddin bin Haji Mohd. Salleh.

Pengetua SVSB, Awang Akandi bin Haji Abd. Razak menyatakan pertandingan yang dikendalikan setiap tahun oleh sekolah itu merupakan instrumen perpaduan yang berkesan untuk mencapai integrasi di antara institusi-institusi pendidikan teknik dan vokasional serta mengukuhkan nilai perpaduan seperti toleransi dan kerjasama.

Awang Akandi berkata, pertandingan tersebut bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar tetapi secara langsung juga dapat merapatkan lagi ukhuwah serta tali persaudaraan selain memberi manfaat secara tersirat kepada mereka.

“Pengalaman dan kemahiran yang diperolehi melalui pertandingan ini pasti dapat membantu para pelajar menjadi individu yang lebih cekal dan yakin menghadapi cabaran yang bakal ditempuh apabila melangkah ke alam kerjaya,” ujarnya.

Yang pasti, tambahnya, akan memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk lebih gigih berusaha memajukan diri melalui pertandingan tersebut di samping kecemerlangan akademik.

Beliau berkata, evolusi dan peredaran masa menyaksikan lagu-lagu dakwah konvensional yang terpaksa bersaing hebat dengan irama serta lagu arus perdana yang lebih segar, menghiburkan, popular dan diterima ramai.

Menurut pandangan beliau, irama lagu-lagu dakwah yang sarat dengan mesej yang positif gagal mendapat sambutan.

“Namun langkah yang kita ambil ini membawa revolusi ke dalam irama dakwah konvensional dan memasukkan elemen-elemen kontemporari dan instrumen muzik bagi mengangkat semula irama dakwah selari dengan peredaran irama semasa,” ungkapnya.

Usaha murni tersebut, katanya harus diberi penghargaan kerana irama serta lagu-lagu dakwah jika tidak dipertahankan, akan pupus dan hilang ditelan arus muzik moden yang mempunyai pengaruh yang cukup kuat ke atas pemikiran dan tingkah laku remaja.

Pertandingan anjuran Jabatan Ugama dan Badan (ECA) Kerohanian SVSB itu bertujuan bagi sama-sama memeriahkan aktiviti keagamaan sekolah berkenaan untuk menarik minat pelajar-pelajar terutama di bawah institusi teknikal dan vokasional meminati dan mendalami lagu-lagu berunsur dakwah.

Di samping itu pertandingan juga bertujuan bagi meningkatkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah melalui penghayatan serta kefahaman kepada lagu-lagu yang disampaikan, selain melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin serta mendukung konsep Melayu Islam Beraja (MIB).

 

http://www.pelitabrunei.gov.bn/nasional/item/3526-svsb-juara-keseluruhan-pertandingan-lagu-dakwah

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s